Jalan Parry ditukar Jalan P. Ramlee - Utusan Malaysia

Jalan Parry ditukar Jalan P. Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 8 Julai 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dr. Elyas Omar mengumumkan Jalan Parry di ibu kota ditukarkan kepada Jalan P. Ramlee dan diwartakan serta merta.

Pengumuman dibuat berikutan arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahrir Abdul Samad supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mencari satu jalan di ibu negara untuk dinamakan Jalan P. Ramlee bagi mengenang jasa Allahyarham dalam bidang seni.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 8 Julai 1970
    Dato’ Abdul Rahman Yaakob mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.
  • 8 Julai 1973
    Menteri Pelajaran Tun Hussein Onn mengumumkan Sultan Selangor sebagai Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
  • 8 Julai 1974
    Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein mengesyorkan agar Kongres India Se-Malaysia (MIC) disatukan dengan Kongres Orang Ceylon Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya