Parti Islam nama baru PAS - Utusan Malaysia

Parti Islam nama baru PAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 21 Jun 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kongres Agung Pas sebulat suara bersetuju menukar nama Persatuan Islam Sa-Tanah Melayu menjadi “Parti Islam”. Walau bagaimanapun Yang di-Pertua Pas, Datuk Asri Haji Muda memberitahu, nama singkat Parti Islam itu tetap seperti lama iaitu Pas.

Menurut Datuk Asri, antara sebab nama tersebut ditukar ialah untuk memudahkan sebutan dan memudahkan pengenalannya kepada masyarakat.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 21 Jun 1974
    Fauziah Nawi mengeluarkan EP sulungnya yang mengandungi empat buah lagu iaitu “Hitam Manis Mesra”, “Malu- Malu”, “Tunggu- Tunggu Kasihku”dan “Cinta Remaja”.
  • 21 Jun 1977
    Kerajaan negeri Melaka akan membuat kajian mendalam berhubung penemuan sebuah rumah yang dipercayai kepunyaan Munshi Abdullah di tengah-tengah bandar Melaka.
  • 21 Jun 1984
    Ketua Jurulatih Kebangsaan Frank Lord dan Mokhtar Dahari turun padang mambantu Ketua Jurulatih Abdullah Mohamad di hari pertama latihan Skuad Harimau bagi menghadapi Pestabola Merdeka tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya