Tragedi samsu haram - Utusan Malaysia

Tragedi samsu haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 18 Mei 1979, tujuh orang mati sementara empat lagi pengsan akibat minum samsu yang diproses secara haram di Semenyih, Selangor.

Kebanyakan mangsa adalah pekerja di Ladang Getah Semenyih dan ladang-ladang berhampiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, lima lelaki telah ditangkap sebaik sahaja maklumat tentang kejadian tersebut dilaporkan. Pihak polis turut merampas satu tin dan satu beg plastik samsu yang diproses secara haram daripada mereka.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK :

  • 18 Mei 1971
    Pembesaran Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang yang menelan belanja $38 juta dijangka bermula pada awal 1973.
  • 18 Mei 1979
    Boney M dalam persiapan rapi untuk konsert mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 20 Mei.
  • 18 Mei 1980
    Parti Berjasa secara rasmi menjadi anggota Barisan Nasional.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya