Penubuhan Syarikat Penerbangan Malaysia - Utusan Malaysia

Penubuhan Syarikat Penerbangan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 1 April 1971, Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail mengumumkan penubuhan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAL) dengan modal yang dibenarkan sebanyak RM100 juta.

Menurutnya, MAL akan mengadakan perjanjian urusan perkhidmatan dengan Syarikat Penerbangan Australia – Qantas bagi mendapatkan nasihat dan bantuan, termasuk pakar-pakar yang diperlukan. MAL akan menjalankan perkhidmatan dalam negeri dan antarabangsa mulai 1 Januari 1973.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 1 April 1968
    Ketua Turus Tentera Darat, Tan Sri Abdul Hamid Bidin menyatakan Batalion Ke-10 Askar Melayu akan ditubuhkan pada tahun 1970.
  • 1 April 1972
    Kerajaan Perak menjadikan Tokong China Sam Poh Tong di kaki Gunung Rapat sebagai kompleks pelancongan yang digazetkan dalam Warta Kerajaan.
  • 1 April 1973
    Kementerian Belia dan Sukan menerbitkan peraturan baru permainan gasing.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya