Mokhtar, Marina Olahragawan Olahragawati Kebangsaan - Utusan Malaysia

Mokhtar, Marina Olahragawan Olahragawati Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 3 April 1977, bintang bola sepak negara Mokhtar Dahari dan jaguh lompat pagar 100 meter, Marina Chin dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan bagi tahun 1976.

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Samad Idris menyampaikan hadiah kemenangan tersebut. Seramai 25 peserta termasuk tujuh wanita telah dicalonkan oleh 25 badan sukan untuk merebut gelaran berkenaan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 3 April 1968
    Ruminah Sidek (Mak Mah) menjadi rebutan pengarah filem di Studio Merdeka.
  • 3 April 1977
    Persatuan Sepak Bola Amatur Pahang menimbang menyertai semula Kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1978 setelah menarik diri daripada kejohanan tersebut.
  • 3 April 1978
    Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) sedang memajukan kawasan seluas 60 hektar di Kuala Nerus, Terengganu untuk menubuhkan Pusat Pengajian Sains Marin.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.