Minyak tidak boleh naik harga - Utusan Malaysia

Minyak tidak boleh naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 April 1979, Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan syarikat-syarikat minyak di negara ini menaikkan harga bahan api tersebut kerana mereka telah pun memperoleh keuntungan yang banyak.

Ia ekoran syarikat-syarikat minyak tempatan berpendapat, kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan berikutan negaranegara pengeluar menaikkan harga termasuk kekurangan bekalan akibat pergolakan di Iran.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 25 April 1972
    Seramai 500 pegawai muda kehutanan (subprofessional officers) diperlukan oleh Jabatan Hutan Malaysia untuk melancarkan projeknya dalam tempoh 15 tahun akan datang.
  • 25 April 1977
    Lima kanak-kanak terbunuh dan 19 cedera apabila kereta Escort BDA terbabas lalu merempuh sekumpulan penonton di Perlumbaan Grand Prix Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam.
  • 25 April 1978
    Filem bercorak suspens triller ‘Detik 12 Malam’ lakonan Sarimah sudah siap 70 peratus penggambaran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya