Kampung nelayan di Pulau Ketam terbakar - Utusan Malaysia

Kampung nelayan di Pulau Ketam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 April 1972, wang ringgit dan harta benda bernilai kira-kira RM2 juta musnah dalam kebakaran yang berlaku di Pulau Ketam, Selangor.

Kebakaran bermula kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah kawasan beli-belah di pulau tersebut yang melibatkan 82 buah rumah kedai, tiga bengkel dan sebuah kelab.

Lebih 1,000 orang daripada 100 keluarga yang kebanyakannya nelayan hilang tempat tinggal.

Kejadian itu merupakan yang kedua di tempat sama selepas kebakaran pada tahun 1967 yang menyebabkan 2,000 orang hilang tempat kediaman.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 12 April 1968
    Al-Malik Faisal, Raja Arab Saudi menderma sebanyak $37,142.55 kepada Lembaga Amanah Masjid Sultan Singapura.
  • 12 April 1972
    Kerja-kerja pembinaan hotel Holiday Inn Kuala Lumpur bernilai RM8 juta bermula bulan ini.
  • 12 April 1979
    Malaysia dan Bangladesh meterai perjanjian kerjasama ekonomi dan teknikal serta perkhidmatan udara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya