Bandar Satelit Petaling Jaya bernilai RM5.4j - Utusan Malaysia

Bandar Satelit Petaling Jaya bernilai RM5.4j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 22 April 1971, Lembaga Bandaran Petaling Jaya membelanjakan RM5.4 juta bagi projek lima tahunnya 19711975 untuk melengkapkan bandar itu dengan pelbagai kemudahan supaya mencapai matlamat Bandar Satelit.

Sebanyak 11 projek besar yang dirancang antaranya membina dewan bandaran, pasar dua tingkat di Jalan Othman, taman-taman dan padang permainan, mendirikan emporium penjaja dan perpustakaan awam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati Petaling Jaya menarik ramai pelancong dan penyelidik luar negara yang kagum dengan pembangunannya.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 22 April 1968
    Air didakwa mampu menaikkan syahwat lelaki daripada mata air di bandar Bosnia diberi nama rasmi ‘Aqua Vita Casanova’ dan kini menjadi rebutan pedagang.
  • 22 April 1974
    Jurulatih bola sepak kebangsaan, M. Kuppan dipilih sebagai jurulatih Kejohanan Bola sepak Piala Presiden Korea di Seoul.
  • 22 April 1976
    Ulasan lidah rasmi MCA ‘The Guardian’ terhadap pelantikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya