Malaysia-Thailand gempur komunis - Utusan Malaysia

Malaysia-Thailand gempur komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 15 Mac 1977 lebih 5,000 anggota pasukan keselamatan Malaysia dan Thailand terlibat menggempur pengganas komunis di kawasan sempadan kedua-dua negara dalam satu operasi bersama paling besar pernah diadakan.

Operasi ‘Daoyai Musnah II’ itu dilancarkan pada awal pagi dengan disertai tentera darat dan udara, polis serta pasukan komando dalam usaha membersihkan kawasan sempadan bersama daripada saki-baki pengganas komunis.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 15 Mac 1969
    Sebahagian daripada 370 buah jentera pertanian sumbangan Britain bernilai RM6 juta untuk kegunaan dirancangan kemajuan tanah tiba di Malaysia.
  • 15 Mac 1971
    Angkatan Tentera Malaysia menguji kereta perisai Penhard di hutan Balakong.
  • 15 Mac 1980
    Syarikat Permodalan Amanah Nasional Berhad berjaya meningkatkan keuntungannya bagi tahun 1979 sebanyak 48 peratus kepada RM6.172 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya