Jepun percepat usaha tebuk Segenting Kra - Utusan Malaysia

Jepun percepat usaha tebuk Segenting Kra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA hari ini 18 Mac 1972, Jepun mungkin mempercepatkan kerja-kerja menebuk Segenting Kra di Thailand bagi tujuan pengangkutan minyak ke negaranya. Ia merupakan perkembangan terbaharu berikutan pengumuman Malaysia dan Indonesia yang membantah usaha menjadikan Selat Melaka sebagai perairan antarabangsa.

Terdapat sekitar 30 buah kapal tangki Jepun yang muatannya lebih 200,000 tan sebuah, belayar ulang-alik di Selat Melaka sebanyak lapan atau sembilan kali setiap tahun membawa 90 peratus keperluan minyak Jepun.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 18 Mac 1971
    Sri Lanka di bawah pimpinan Sirimavo Bandaranaike diletak bawah pentadbiran darurat.
  • 18 Mac 1979
    10 buah filem dijangka siap untuk permulaan mengadakan “Pesta Filem Malaysia”. Antaranya ialah Dendang Perantau, Kisah Biduan, Panglima Badul dan Prebet Lapok.
  • 18 Mac 1982
    Kenyataan penuh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abang Abu Bakar di Dewan Rakyat mengenai ‘Peristiwa Mengkarak’ sebagai menjawab Lim Kit Siang (DAP-Petaling) dalam satu sidang akhbar sebelumnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya