fbpx

Terima kasih rakyat Sabah – Hadi Awang

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas akan terus memperkukuh dan membela nasib rakyat susulan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata mengucapkan tahniah kepada gabungan parti itu atas kemenangan bagi merampas kepemimpinan Sabah daripada tangan Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Tahniah kepada GRS yang diterajui Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah atas kemenangan dalam PRN Sabah.

“Insya-Allah Pas akan turut menyumbang dalam usaha memperkukuh perpaduan dan membela kebajikan rakyat secara bersama,” katanya.

Semalam, keputusan PRN menunjukkan gabungan parti yang disokong oleh kerajaan Pusat itu memenangi 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan, sementara Warisan Plus menang 32 kerusi dan bakinya dikuasai calon Bebas.

Abdul Hadi dalam masa yang sama turut berharap agar semua wakil rakyat yang dipilih dapat menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Kepada para pengundi, terima kasih atas kepercayaan ini,” Jelasnya.

Pas sebelum ini mengambil langkah untuk memberi laluan kepada parti gabungannya untuk bertanding dalam PRN Sabah.

Bagaimanapun, parti Islam membantu membantu dari segi menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan GRS. – UTUSAN ONLINE