Mohd. Shafie seru rakyat Sabah tunai tanggungjawab mengundi - Utusan Malaysia

Mohd. Shafie seru rakyat Sabah tunai tanggungjawab mengundi

MOHD. Shafie Apdal (kiri) semasa menunaikan tanggungawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun menjalani proses pengundian dengan peraturan ketat selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan akibat pandemik Covid-19, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berpuas hati kerana proses pengundian di kawasan Senallang setakat ini berjalan lancar.

Beliau yang selesai menunaikan tanggungjawabnya mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kawasan Senallang pagi tadi, bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang Maha Esa…saya dan isteri telah dapat menunaikan tanggungjawab kami sebagai pengundi.

“Adalah menjadi harapan saya supaya rakyat Sabah yang telah berdaftar sebagai pengundi, keluarlah mengundi di kawasan masing-masing.

“Ini peluang kita, gunakan hak kita sebaik mungkin, demi masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Mohd. Shafie berdepan empat calon lain bagi merebut kerusi DUN Senallang iaitu Norazman Utoh Nain (Bersatu), Madjalis KK Lais (Parti Cinta Sabah), Mohammad Ramzan Abdul Wahab (Usno) dan Datu Pengiran Ahmad Datu Ali Alam (PPRS).

Pilihan raya negeri yang berlangsung hari ini bakal menyaksikan sejumlah 1,124,598 pengundi menentukan siapa yang bakal memegang tampuk pimpinan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Seramai 446 calon termasuk 56 calon Bebas daripada 16 parti bersaing sengit merebut 73 kerusi DUN dipertandingkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.