Ketua parti dalam GRS menghadap TYT hari ini - Annuar - Utusan Malaysia

Ketua parti dalam GRS menghadap TYT hari ini – Annuar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti-parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk mendapat perkenan seterusnya menjalankan upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu, hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam gabungan politik berkenaan sudah berjumpa dan akan meneruskan rancangan ke Istana Negeri untuk tindakan lanjut.

“Semua 41 ADUN GRS plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini.

“Ketua parti UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PBS akan menghadap TYT hari ini juga, Insya-Allah,” ciapnya dalam lama Twitter beliau hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya