fbpx

Kerajaan baharu Sabah mampu pulihkan semangat rakyat – Bung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor mampu memulihkan semangat rakyat yang selama ini telah hilang disebabkan pemerintahan kerajaan dahulu yang tidak prihatin

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, oleh itu semua pihak perlu henti berpolitik sebaliknya menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, semua pihak termasuk kerajaan negeri yang baharu dibentuk perlu melaksanakan tugas dengan baik.

Katanya, ini bukan lagi masa berpolitik sebaliknya masa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita yakin selesai sahaja esok Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kita akan memulakan langkah untuk memastikan masalah rakyat di bawah mendapat perhatian.

“Semua pihak diingatkan tidak lagi berpolitik dan kita memikirkan cara untuk (selesaikan) masalah negeri Sabah,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini.


Menurut Bung Moktar, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri yang baharu ini melaksanakan tanggungjawab dan mandat rakyat dengan baik.

“Kami telah membuat persetujuan atas dasar kesedaran dan keyakinan bahawa kerajaan baharu ini mampu untuk memulihkan semangat rakyat yang selama ini telah hilang disebabkan pemerintahan kerajaan terdahulu yang tidak prihatin,” katanya.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini telah sebulat suara menamakan Pengerusi Bersat Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri yang baharu.

Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai esok pada pukul 10.30 pagi.

Hajiji berkata, kerajaan negeri baharu itu akan memastikan permasalahan rakyat dan manifesto serta Aku Janji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditunaikan sebaiknya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI