fbpx

7 Mei 2021, 12:21 am

  TERKINI

Kepemimpinan Muhyiddin ‘diuji’ hari ini – Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin diuji hari ini menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Jelasnya, keputusan yang diketahui nanti bukan sahaja menentukan pentadbir negeri itu malah di peringkat Persekutuan sama ada Muhyddin diterima rakyat atau tidak.

“Pengundi Sabah yang mengundi hari ini bukan saja memilih siapa menjadi ketua menteri tetapi masa depan perdana menteri Malaysia,” katanya hari ini.

Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan beberapa parti lain di Sabah kali ini cuba membentuk pentadbiran kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Meskipun gabungan tersebut dilihat konsisten sepanjang tempoh berkempen, namun ia sedikit ‘goyang’ apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan Muhyiidn telah tumbang apabila beliau mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

Lebih kritikal apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan yang beliau tidak akan menghalang mana-mana ahli Parlimen yang ingin menyokong kerajaan baharu Anwar. – UTUSAN ONLINE