GRS sah peroleh majoriti mudah - Utusan Malaysia

GRS sah peroleh majoriti mudah

ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baharu apabila berjaya memperoleh 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, setakat pukul 11.30 malam, gabungan parti itu masing-masing Barisan Nasional (BN) memperoleh 14 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pula enam kerusi.

Beliau berkata, gabungan Warisan Plus pula memenangi 26 kerusi.

“Parti Warisan Sabah (Warisan) menang di 24 kerusi, PKR (satu) dan UPKO (satu). Dua kerusi lagi dimenangi calon Bebas. Setakat ini hanya 65 kerusi sahaja yang diumumkan. Lapan lagi masih dalam proses pengiraan,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan terkini, keputusan rasmi PRN Sabah menyaksikan GRS memperoleh 38 kerusi, Warisan Plus 32 kerusi dan Bebas tiga kerusi- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya