GRS buktikan Sabah tolak sentimen anti-Malaya - Utusan Malaysia

GRS buktikan Sabah tolak sentimen anti-Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan majoriti mudah 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan rata-rata rakyat Negeri di Bawah Bayu itu menolak sentime anti-Malaya yang dimainkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Terkini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, parti-parti yang mendukung GRS iaitu Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) tujuh kerusi.

Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata, untuk Warisan pula, parti untuk memperoleh kemenangan di 29 kerusi manakala parti sekutunya iaitu PKR dua kerusi manakala UPKO hanya satu.

Tambah Abdul Ghani, baki tiga lagi kerusi pula dimenangi oleh calon Bebas.

“PRN kali, peratusan keluar mengundi yang dicatatkan adalah sebanyak 66.6 peratus. SPR berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya pada kali ini.

“Saya juga ingin memaklumkan sepanjang pilihan raya berlangsung, tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh menjejaskan proses PRN Sabah yang berlangsung hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya