GRS bentuk kerajaan di Sabah - Utusan Malaysia

GRS bentuk kerajaan di Sabah

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan penyokong Gabungan Rakyat Sabah meraikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah malam ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan di Sabah selepas gabungan itu memperoleh majoriti mudah iaitu 37 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

Beliau berkata, GRS yang dianggotai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh keputusan itu setakat pukul 9.23 malam ini.

“GRS mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi kepercayaan untuk membentuk kerajaan baharu. Kami berjanji akan memperrjuangkan nasib rakyat Sabah dan menyelesaikan segala masalah berbangkit,” katanya dalam sidang akhbar malam ini.

Bung juga memberitahu bahawa perbincangan bagi menentukan siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri akan diadakan secepat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya