58 peratus mengundi setakat 3 petang - Utusan Malaysia

58 peratus mengundi setakat 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat pukul 3 petang ini.

Ia merupakan peningkatan empat peratus berbanding jumlah pada pukul 2 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan sasaran keluar mengundi sebanyak 70 hingga 75 peratus menjelang penutupan pusat pengundian sepenuhnya pada pukul 5 petang ini.

Sebanyak 741 pusat mengundi dibuka, melibatkan 2,540 saluran di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk PRN kali ini.

Ini merupakan PRN kali ke-16 buat Sabah dengan 446 calon termasuk 56 calon Bebas daripada 16 parti mbertanding.

PRN tersebut diadakan selepas bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN setelah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya