10 pagi esok saya angkat sumpah - Hajiji - Utusan Malaysia

10 pagi esok saya angkat sumpah – Hajiji

HAJIJI Noor menerikan watikah jemputan untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah daripada Tun Juhar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor mengesahkan mengangkat jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada pukul 10 pagi esok.

Majlis itu diadakan selepas beliau menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu daripada Istana Negeri.

“Alhamdulillah. Yang di-Pertua Negeri ( Tun Juhar Mahiruddin) menjemput untuk memaklumkan saya bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Pihak istana turut memaklumkan saya akan mengangkat sumpah pukul 10 pagi esok,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menemui Tun Juhar petang ini.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu lepas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.