Tabiat memukul, dan menampar kepala anak perlu dihentikan kerana ia boleh mendatangkan kesan serius ke atas kesihatan fizikal dan mental anak termasuk menyebabkan mereka lumpuh. Kesan ketukan pada kepala walaupun menyebabkan kecederaan ringan boleh membawa akibat yang berkekalan terutamanya apabila berulang dan memerlukan sokongan dan pemulihan berterusan. Pakar Perunding Kanak Kanak Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr. Rakhee Yadav berkata, pukulan yang kuat di kepala boleh mencederakan tulang leher (cervical spine)…