Dua akhbar terbitan Utusan Melayu (M) Berhad ketika ini gigih berjuang demi hidup sehingga berada pada titik persimpangan, terus hidup atau menamatkan hayatnya.

Pun, tangga 20 Ogos kelmarin, sokongan dan dokongan bertubi-tubi kepada Utusan Malaysia dan Kosmo! Masyarakat mahu dua akhbar ini terus hidup. Dan laungan semangat turut hadir dari bibir para selebriti tempatan.

Melalui #suarautusansuarakosmosuara malaysia, jutaan rakyat Malaysia bersolidariti menyatakan sokongan untuk kembali membaca dua akhbar ini.

Pelakon Datuk Rosyam Noor, Datuk DJ Dave, Fauziah Ahmad Daud, Neeelofa, Azhan Rani, Nazim Othman dan Rozita Che Wan antara artis paling awal menyatakan sokongan mereka, tanpa disuruh-suruh dalam laman sosial masing-masing.

Justeru, sempena bulan kemerdekaan negara ke-62, berita kelangsungan Utusan Malaysia adalah antara hadiah terbaik buat diri para pejuang industri seni hari ini.

“Bila tahu Utusan Malaysia akan terus diterbitkan, bagi saya ini adalah hadiah terbaik menjelang hari kemerdekaan negara kita. Saya sayang Utusan Malaysia, Kosmo! dan semua wartawannya,” kongsi Rozita Che Wan.

Selain itu Rita Rudaini, Zarina Zainuddin, Iqram Dinzly, Dayana Roza, Ringo Arrow, Ajak Shiro, Faezah Elai, Zalif Sidek dan Ella turut memberi memberikan semangat buat survival syarikat akhbar yang berusia 80 tahun itu.

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain tidak ketinggalan menitipkan semangat buat semua kakitangan Kumpulan Utusan yang sedang berdepan dengan saat getir pada ketika ini.

“Alhamdulillah dengan berita di mana Utusan Malaysia dan Kosmo! akan terus diterbitkan. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada anda semua untuk akhbar ini diteruskan,” kata Siti Nurhaliza.

Selainnya, penyanyi Ezlynn, Haiza, Alyah, Fazli Zainal, Keena Mentor, Ngasri Sain, Darling Ngasri, Datuk TS Jeffrey, Fadzil Teh, Ringgo Arrow, Faizul Syaharin serta ramai lagi turut menyatakan sokongan.

“Saya gembira apabila dapat berita Utusan Malaysia kekal di pasaran. Mulai sekarang, kita perlu membaca akbar semula,” kongsi Neelofa kepada jutaan pengikutnya di di laman sosial.

Kelab peminat artis, tenaga belakang tabir industri turut menyatakan rasa simpati dan memberikan doa-doa terbaik agar penerbitan syarikat ini berterusan.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) serta Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) daripada organisasi media tempatan lain misalnya, juga tidak henti-henti menyatakan sokongan mereka.

Semoga sokongan ini tidak terhenti di sini sahaja dan Utusan Malaysia serta Kosmo! akan terus ditampuk kegemilangan dari segi edaran semasanya, dari hari ke hari.

Sokongan yang diterima ini sesungguhnya amat bermakna sekali, di mana perjuangan mempertahankan sebuah institusi yang dianggap keramat ini, tidak akan berakhir di sini.

Utusan Malaysia, Kosmo! teruslah melangkah!

untuk langganan akhbar digital Utusan-Online. Hari ini langgan, hari ini juga dapat membantu Utusan.

Langkah-langkah

WEB

1. Layari http://digital.utusan.com.my 
2. Klik My Account sekiranya pernah mendaftar atau klik Add to cart sekiranya pertama kali mendaftar.
3. Klik View Cart, masukkan coupon 4D184H (untuk diskaun 5%) klik Apply coupon, semak jumlah pembayaran, kemudian klik Proceed to checkout.
4. Isikan maklumat yang dikehendaki, kemudian klik Place Order untuk ke halaman pembayaran.
5. Klik Pay via MOLPay.
6. Sebaik sahaja pembayaran berjaya, anda membaca Utusan Digital.


Android


1. Buat carian “Utusan Digital” di Google Playstore.
2. Muat turun aplikasi.
3. Klik ikon Utusan Digital untuk masuk
4. Klik pada logo Utusan Malaysia, klik Login.
5. Klik Subscribe to Utusan Digital, anda akan dibawa ke http://digital.utusan.com.my untuk langganan sama seperti di web. 


Apple iOS


1. Buat carian “Utusan Digital” di Apple AppStore.
2. Muat turun aplikasi.
3. Klik ikon Utusan Digital untuk masuk. Klik pada logo Utusan Malaysia.
5. Klik pada harga RM49.90 untuk pembelian melalui akaun Apple.
6. Muat turun akhbar untuk membaca. 

Pembacaan E-Paper pada masa ini hanya tersedia dalam aplikasi di Android dan Apple iOS sahaja. Sekiranya pendaftaran dan pembayaran sudah dibuat, login menggunakan username dan password pada aplikasi.

Video tutorial adalah seperti berikut:
https://youtu.be/qtZqMgS-YEI

jom, kita Langgan Utusan

Hanya RM50 setahun