.

Pemilik nama sebenar, Tengku Indra Muzaffar, 17, ini memilih untuk memberikan sepenuh tumpuan di sekolah selain membuat ulang kaji melalui buku-buku latihan yang dibeli.

“Cikgu di sekolah memang banyak membantu dalam memastikan saya dan rakan-rakan faham akan setiap subjek. Pada saat-saat akhir begini, pihak sekolah juga turut menyediakan kelas tambahan.

“Saya juga perlu buat lebih banyak ulang kaji sendiri di rumah dengan membeli buku-buku latihan yang mempunyai soalan SPM untuk tahun-tahun sebelum ini,” kongsinya yang baru sahaja melancarkan single pertama, Lafazkan Cinta pada awal tahun ini.

Antara perkara utama yang menjadi kegusaran Affa ketika ini adalah keyakinan dirinya untuk menghadapi SPM pada November ini.

“Sebab itu saya melanggan Tutor A+ bagi membuat latih tubi soalan-soalan peperiksaan. Tutor A+ mencakupi soalan-soalan lazim, KBAT dan beraudit. Kaedah pembelajaran yang disediakan juga mudah dan tidak membosankan,” katanya.

latih tubi

Kata Affa, dalam tempoh tujuh minggu menjelang SPM, latih tubi dengan Tutor A+ adalah pilihan terbaiknya.

“Ia memang boleh membantu saya dalam membuat pecutan akhir bagi mencapai kecemerlangan untuk SPM,” kata pelajar aliran Prinsip Akaun ini.

Enggan tersasar, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam ini menggunakan sepenuhnya masa yang masih berbaki sekitar dua bulan ini. Dia mengkaji semula beberapa subjek yang dirasakan lemah dan sukar.

“Saya akui mengalami tekanan. Perasaan takut memang ada untuk menghadapi SPM tidak lama lagi. Tetapi dengan persediaan rapi pada saat-saat akhir ini, insya-Allah saya yakin untuk menduduki peperiksaan itu dengan sebaik mungkin,” katanya yang juga anak kepada penyanyi keroncong, Adilla Idris.

Terdahulu, Kumpulan Utusan melancarkan Kempen Sumbangan Ilmu Demi Anak Malaysia bagi membantu lebih 400,000 calon SPM yang bakal diduduki pada November ini.

Kempen melalui diskaun runtuh Tutor A+ dilancarkan dengan memberi harga ihsan dan diskaun khas yang kini boleh dilanggan dengan hanya RM15 berbanding RM100 sebelum ini. Program latih tubi atas talian ini merangkumi kelima-lima subjek teras dalam peperiksaan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.