Dubai Stars adalah anugerah yang diiktiraf oleh syarikat hartanah terkenal di Dubai dan diilhamkan sendiri oleh jutawan di sana. Menerusi Dubai Stars, nama penerima anugerah akan diabadikan di laluan pejalan kaki jalan Sheikh Mohammed bin Rashid.

Anugerah Dubai Stars diinspirasikan daripada Walk of Fame di Hollywood dan sebagai tanda penghargaan buat personaliti dunia yang berbakat besar dan mampu memberikan impak positif di dalam kategori muzik, filem, seni, seni bina, sukan, sastera, media sosial, pengaruh media, inovasi dan kerja sosial.

Difahamkan, seramai 400 bintang terkenal termasuk Dwayne Johnson, Jackie Chan dan Shah Rukh Khan akan hadir pada majlis khas yang bakal diadakan pada Oktober nanti.

Lebih menarik, peminat boleh mengundi sehingga 31 Julai ini untuk tiga artis kegemaran bagi dicalonkan dalam Anugerah Dubai Stars.