Isterinya, Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan anak lelaki itu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

Menerusi paparan di Instagram, Syamsul melahirkan rasa kesyukurannya dan turut berterima kasih kepada isterinya.

“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yg ikhlas wahai Syaikhul Islam bin Mohd Shamsul.

“Marhaban ya Syaikhul Islam..Marhaban..Terima kasih isteriku,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 di kediaman keluarga Puteri Sarah.

Syamsul dan Puteri Sarah pernah mengalami saat duka apabila Sarah keguguran pada awal perkahwinan mereka. - UTUSAN ONLINE