Surianti ketika ditemui di rumahnya berkata, Harun menikahinya 15 tahun dahulu selepas lima tahun hidup menduda, bukannya semasa masih bersama bekas isteri terdahulu iaitu Martinah Ahmad.

“Ramai yang salah anggap mengatakan saya isteri kedua kepada arwah. Disebabkan tanggapan sebegitu, ia menyukarkan saya mendapat peluang untuk berniaga atas tiket balu kepada selebriti jika ada karnival-karnival tertentu.

“Bahkan, bekas isteri arwah pun sudah berkahwin lain dan mempunyai keluarga sendiri. Jadi, sayalah balu kepada Harun, tiada yang lain,” katanya memberi penjelasan.

Surianti menambah, sebelum ini ramai yang ragu-ragu untuk memberinya peluang berniaga atas tiket balu kepada artis kerana menganggapnya isteri kedua Harun.

Surianti berkahwin dengan Harun pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14. - UTUSAN ONLINE