Lagu ciptaan dan lirik Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Siti, Huzz anggap 'berhantu’ itu, setakat ini terang-terang layak untuk bukan sahaja naik ke pentas AJL malah mampu meraih kemenangan kerana lagu-lagu saingannya tak semua cukup kuat walaupun boleh dilayan dengar.

 

Bagaimanapun Siti yang sudah bertahun tak menyertai acara hiburan popular itu demi memberi laluan artis lain meraih juara, tak terfikir nak kembali ke pentas AJL.

Semua maklum, Siti sering 'sapu' trofi juara bukan setahun dua tapi bertahun-tahun, sejak menyertainya sejak 1995 dengan lagu Jerat Percintaan.

“Ada yang mahu Siti beraksi kembali tapi setakat ini tak buat sebarang keputusan lagi mengenainya,” cerita Siti waktu kami duduk berborak baru-baru ini.

Huzz setuju Siti yang sudah ada pada kelas tersendiri setelah lebih 20 tahun bertahan dalam dunia hiburan terus meninggalkan AJL. Cukuplah sebagai penyanyi undangan atau juri.

Siti bakal menjayakan konsert mini di salah satu lokasi yang akan diberitahu kelak 14 September 2019. Lokasi asalnya di PWTC tetapi tak menjadi di saat akhir.

Sesiapa yang nak dapat sepasang tiket percuma, lekaslah jadi pelanggan semua produk SimplySiti melalui pembelian di Shopee menggunakan kad CIMB Bank sekitar 2 Ogos hingga 7 Ogos ini!

“Siti pun sedang memilih-milih lebih 14 buah lagu untuk dipersembahkan," katanya yang akan menyanyi diiringi live band.

Sesudah September tahun ini, akan menyusul publisiti Siti bakal mengadakan konsert di Australia pula sekitar Oktober. Konsertnya di Royal Albert Hall untuk kali kedua ditunda ke tahun depan dengan produksi sendiri.

“Jadual agak sibuk sampai ke awal tahun depan,” kata pengurusnya, Rozie Razak.

Dalam pada itu, Siti dan suami akan pulang ke Kuala Lipis meraikan Aidiladha minggu depan.

“Dan inilah kali pertama Siti Aafiyah akan ikut balik ke Kuala Lipis. Sejak lahir dah lebih setahun, dia tak pernah balik Lipis,” kongsi Siti.

HUZZ: Tahniah SimplySiti dah masuk pasaran Indonesia dengan pembelian online dan wakil Watson di sana. Siti dijadual roadtour kempen produk di Indonesia akhir tahun ini.