Talak satu itu dilafazkan oleh Salahuddin, 40, pada pukul 10.49 pagi di hadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani selepas mahkamah membenarkan permohonan yang difailkan anak selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu.


Serina, 34, dan Salahuddin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5. 


Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis lalu telah memberikan hak jagaan kekal dua anak mereka kepada Salahudin berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama. -UTUSAN ONLINE.