Layla atau nama penuhnya Layla Sania Khairuzikri yang belajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Kuala Lumpur memberitahu, walaupun bergelar penyanyi, pelajaran tidak akan diabaikan.

Menurutnya, pembahagian masa antara nyanyian dan pelajaran bukan sesuatu yang sukar baginya dan perkara itu boleh diatasi dengan cara pembelajaran yang betul.

“Cara belajar yang betul adalah kunci segalanya. Cara saya adalah dengan banyak menjawab soalan latih tubi. Saya rasa ia satu kaedah ulang kaji pelajaran yang paling berkesan.

“Latih tubi bagi setiap subjek amat penting kerana kita dapat mengetahui jenis atau format soalan agar dapat membiasakan serta memahirkan diri dengan bentuk soalan peperiksaan sebenar. Selain itu, kita juga dapat melatih mengurus masa dan meningkatkan keyakinan diri ketika menjawab peperiksaan sebenar,” cerita Layla yang sedang popular dengan single pertama berjudul Que Sera Sera.

Berkongsi dengan lebih mendalam, Layla memilih latih tubi dengan menjawab soalan-soalan menerusi kaedah pembelajaran atas talian di Tutor A+ oleh Kumpulan Utusan untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM.

“Di situ terdapat hampir 25,000 soalan berkaitan peperiksaan merangkumi lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Prinsip Perakaunan, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia, Fizik, Biologi dan Sejarah.

“Soalan-soalan yang disediakan banyak membantu saya memahirkan diri dalam menjawab dan menganalisis bentuk-bentuk soalan. Tutor A+ adalah pilihan terbaik menjelang dua bulan terakhir ini,” ujar Layla.

.

Terdahulu, Kumpulan Utusan melancarkan Kempen Sumbangan Ilmu Demi Anak Malaysia bagi membantu lebih 400, 000 calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan itu pada November ini.

Sempena kempen itu, Kumpulan Utusan turut menawarkan diskaun khas dengan harga RM15 berbanding harga langganan sebelum ini iaitu RM100. Bagi calon SPM yang berminat boleh melanggan Tutor A+ di www.tutor.com.my.

Bercerita tentang lagu baharunya yang berjudul Que Sera Sera, Layla akui rasa bersyukur kerana akhirnya impian untuk memiliki lagu sendiri tercapai.

“Alhamdulillah, penerimaan lagu ini sangat baik dan banyak respon serta komen positif yang saya terima. Setakat ini saya puas dengan sambutan yang diterima dan harap lagu ini akan didengar oleh lebih ramai orang,” cerita Layla.