MOHAMAD Eidrees Mohamad Hanif dipilih sebagai nama cahaya mata Anzalna serta suami. - Gambar Instagram Anzalna

Diumumkan Hanif sendiri melalui laman Instagram, pasangan ini juga turut mengadakan majlis tahnik buat bayi sulung mereka semalam.

“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik oleh ibu saya, ibu dan bapa mentua, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.

“Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,”tulisnya.

Berkongsi kegembiraan yang sama, Anzalna dalam muat naik berbeza turut merujuk nama anaknya itu juga dipilih bersempena dengan tarikh kelahiran anak yang hampir dekat dengan sambutan 1 Syawal.

“Cuba teka nama bayi bermula dengan Eid, sebab dia lahir dekat raya kan,”tulisnya. - UTUSAN ONLINE