Izreen Azmida
Izreen Azmida

Tapi yang penting masa kawan tu teruja memuji produk wangian Izreen, terpacul satu gosip panas tentang pelakon wanita yang semakin cantik ini. Ha... gosip apa eh? Mesti panas!

Kata si polan itu, Izreen bakal bergelar Datin kerana dipinang seorang Datuk tak lama lagi. Eh, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja pokok bergoncang kuat. Poklip cuba korek dalam gosip tersebut tapi si polan tadi diam membatu. Geram sungguh, kan? Jadi Poklip melebarkan sayap menghubungi sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Dengar cerita pelakon ini semakin rapat dengan seorang lelaki berstatus Datuk. Hubungan tersebut dikhabarkan berada pada tahap yang boleh dikatakan serius dan nampak gayanya akan berakhir ke jenjang pelamin.

Malah, menguatkan lagi cerita, dengar khabarnya, lelaki berstatus VIP itu juga merupakan orang kuat dalam perniagaan Izreen sekarang ini. Kira ada syer sana sikit, sini sikit. Orang kata mereka ni rakan perniagaan jugalah.

Tapi Poklip rasa tidak salah sekiranya Izreen bercinta dengan mana-mana lelaki pun. Yalah, pelakon ini pun sudah dua tahun hidup sebagai ibu tunggal. Seringkali dikaitkan dengan cinta lokasi tapi pelakon ini langsung menafikan. Mungkin dia tidak suka cerita peribadinya dicanang. Tapi kalau betul cerita yang disampaikan si polan tadi, pandai sungguh Izreen menyimpan rahsia kan? Diam-diam ubi berisi kata orang tua.

Poklip tak nak cerita lanjut, apa kata kita tanya tuan badan sendiri. Betul ke cerita itu Datin Izreen? Eh belum Datin lagi lah!

SOLOK LADA: Dengar cerita Fazura hendak buat album. Poklip sokong usaha dan niat itu. Siapa kata Fazura tak boleh nyanyi? Tapi apa kata pergi kelas vokal, asah bakat dan suara itu. Mesti lagi sedap kan!