Bila Miss J siasat, Fiza yang juga merupakan penyampai radio im4u FM khabarnya hidup mewah ditaja seseorang. Betul ke tuduhan tersebut atau perkara ini sengaja nak dikecohkan dengan niat tak baik?

Miss J bukan apa, kalau bab-bab ditaja ini memang golongan artis tak boleh lari daripada cerita begini. Bukan baru sehari dua cerita ditaja didendangkan sebaliknya sejak dahulu lagi.

Tapi tak dinafikan memang ada segelintir yang memang ditaja. Ada yang ditaja oleh golongan kaya tapi kebanyakannya tua kerepot yang ada penyakit berangkai. Tak perlulah Miss J dedahkan siapakah gerangan, takut ada yang panas punggung nanti.

Cerita Fiza ditaja pun tak buat Miss J terkejut walaupun ada tuduhan yang mengatakan dia mahu hidup mewah dan hidup senang dengan cara yang mudah.

Miss J sendiri tak tahu kebenaran tentang perkara berkenaan. Bukan apa, kalau-kalau keluarganya memang kaya raya, tak ada apa yang boleh dipertikaikan. Sebab itu bila berita ini sampai ke telinga Miss J, tak boleh dibuat tuduhan melulu.

Bila bercakap soal maruah, tentu Fiza turut mahu menjaga maruah keluarganya. Tak mungkin penyampai radio ini mahu segera hidup mewah dengan cara begitu. Lebih baik berusaha sendiri.

Tambahan pula nama Fiza tercalon dalam Kategori Penyampai Radio Terbaik sempena Anugerah Seri Angkasa yang akan diadakan 21 Mei hadapan, tak mustahil juga namanya sengaja diburuk-burukkan oleh pihak yang kurang senang. Entahlah!