Majlis anugerah berprestij peringkat antarabangsa itu dianjurkan oleh Herald Global & ERTC Media yang merupakan portal berpengaruh di India.

Kemenangan itu juga menyaksikan beliau mengalahkan beberapa individu lebih senior dan berpengaruh dalam bidang kulinari di seluruh Asia.

Lelaki ini adalah contoh terbaik buat semua orang untuk tidak berputus asa mengejar apa yang diinginkan dalam kehidupan.

Tidak boleh sama sekali mengeluh, sebaliknya yakin dengan apa yang dilakukan.

Berkat usaha yang gigih dan doa berpanjangan, pasti impian yang satu hari dahulu hanya angan-angan, pasti menjadi kenyataan.

Fazley sedang menghasilkan lebih banyak resipi demi mengangkat tema One Asia ke mata dunia secara menyeluruh.

Dalam majlis yang sama, penyanyi Sufian Suhaimi turut menerima anugerah Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 bagi kategori Selebriti/Hiburan.