Ramai betul yang melontarkan kata-kata negatif tentang rupa paras seseorang artis atau insan kesayangan mereka, semakin menjadi-jadi pula tu. Terbaharu menjadi mangsa, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi.

Tak silap Joyah, isteri Hafidz tu namanya Nurul Syuhada dan dia pun baru berusia 21 tahun, bukan selebriti pun. Tetapi, ramai pula yang menyerang dengan mengatakan dia tidak sepadan dengan Hafidz yang kacak. Amboi, siapa awak hendak tentukan jodoh orang? Kalau dah tertulis itu jodoh dia, siapa kita untuk mempertikaikannya. Cantik tu bukan pada wajah saja tau, banyak lagi faktor yang menjadi justifikasi ke arah kecantikan. Tolong pergi belajar lagi ya.

Pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya pun turut sama terkesan dengan sikap tidak semenggah segelintir pihak ini. Dikatakan mempunyai wajah seperti seorang bapok lah, hidung kembang lah, macam-macam komen menghina dan mengeji. Sampaikan suaminya, Awal Ashaari memberi amaran keras kepada orang yang buat kritikan bodoh sebegitu.

Joyah pasti ada di antara tukang komen itu sekadar dengki, cemburu dengan kecantikan semula jadi yang di miliki Scha dan juga isteri Hafidz.

Kalau hendak tegur bab perangai, Joyah sokong, tak ada masalah selagi menggunakan kata-kata yang elok.Kalau hendak menegur, padai adab dan budi bahasa. Jangan pula sibuk memaki hamun sana sini, buruk benar perangai tu. Bikin malu kaum saja.