Menurut Khir atau Khairulizam Abdul Rahman, 46, pesanan yang dianggap kata azimat itu bukan sahaja sering dipesan kepada anak-abak, tetapi tidak ketinggalan anak-anak buahnya yang memang rapat dengan arwah.

“Dari kami kecil lagi, itulah kata-kata yang sering meniti di bibirnya setiap kali bersua.

“Pesan abah, jika seseorang itu menjaga adabnya, tanpa ilmu pun dia akan dihormati dan dipandang tinggi di sisi Allah,” ujar Khir.

Pada masa sama, mengimbas detik terakhir bersama A. Rahman, bapanya sempat bergurau dengan cucu lelakinya, Irwanshah Khairulazmi agar menyambut hari ulang tahun kedua kelahiran di rumahnya.

“Tarikh lahir anak buah saya jatuh pada hari ini, 13 Jun dan tak sangka, kata-kata terakhirnya kepada Irwanshah itu memberi tanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya pada tanggal yang sama,” cerita pelakon filem Rock berkenaan. - UTUSAN ONLINE