Pelbagai pengiktirafan diberi kepadanya sebagai motivasi kepada orang luar apabila mampu mengubah corak kehidupannya yang dahulunya sekadar biasa-biasa kepada luar biasa.

Meskipun sekarang beliau mampu duduk di rumah dan goyang kaki, namun dek kerana begitu ‘taksub’ dengan karier, Mahadi tetap akan ke pejabat setiap hari.

Seiring juga dengan niatnya sewaktu menubuhkan Financial Genius Group (FGG) sebelum ini yang mahu membantu orang lain menguruskan kewangan dengan cara betul.

“Niat saya waktu tubuhkan FGG memang nak bantu orang sebab saya suka tolong orang. Tak kira dengan apa cara sekalipun, saya jadikan sikap menolong sebagai sebahagian daripada diri saya.

“Wujudnya FGG boleh dikatakan sebagai medan untuk membantu lebih ramai orang yang mahu memajukan diri.

“Sebab itu di FGG kita turut adakan latihan untuk melahirkan ramai perunding pelaburan dan kewangan,” kongsinya.

Menurut Mahadi, FGG sentiasa positif dan mendorong lebih ramai golongan muda yang rata-rata begitu taksub mahukan perubahan terutama dalam soal kewangan.

“Pelanggan saya dalam pelaburan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berusia 35 hingga 60 tahun. Biasanya mereka telah berkeluarga.

“Tetapi, kita juga tidak mengenepikan golongan muda yang kita faham kekurangan sumber kewangan untuk mengembangkan nilainya.

“Atas dasar itu kami di FGG ada membuka latihan bagi memberi ilmu dalam bidang pelaburan dan secara tak langsung mereka mampu menjana kewangan daripada hasil usaha sendiri.

“Kita mahirkan mereka sebagai konsultan dan dalam masa sama cari pengalaman yang lebih luas dalam dunia pelaburan.

“Bergaul dengan orang berjaya dan berpengaruh juga salah satu kaedah kami terapkan,” tuturnya yang gembira melihat kejayaan anak-anak muda yang menyertai FGG.

Sementara itu, FGG juga menyediakan platform dan solusi terbaik untuk membantu klien mendapatkan pelan kewangan yang bersesuaian selaras dengan keperluan dan kehendak mereka.

Jika berminat untuk dibantu dalam pengurusan kewangan atau berminat untuk sertai mereka, hubungi FGG segera.