Selama 16 tahun dalam bidang kewangan dan menubuhkan empayar Financial Genius Group (FGG), ia telah banyak memberi pengalaman baharu buat anak jati kelahiran Bayan Baru, Pulau Pinang ini.

Datuk Sri Hamadi

Diminta berkongsi tip di sebalik kejayaannya itu, beliau pada mulanya agak berat untuk berkongsi, tetapi setelah ditanya beberapa kali, Mahadi lantas memberitahu mengenai konsep sedekah yang diamalkan sehingga kini.

Tidak pernah berniat apa yang dikongsikan ini sebagai jalan untuk dia mendabik dada berbuat amal kebaikan kepada insan lain, Mahadi yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FGG sentiasa optimis dengan apa yang dilakukan.

“Sedekah ini sangat menarik sebab dikatakan kalau orang yang telah meninggal dunia, mereka berdoa mahu kembali ke dunia untuk berbuat sedekah.

“Bukan minta untuk solat atau zikir tetapi sedekah. Begitu pentingnya sedekah dalam konteks seorang yang beragama Islam.

“Justeru, saya menitikberatkan sedekah dalam kehidupan harian dan menjadikan ia rutin,” katanya yang bergelar jutawan muda seawal usia 21 tahun.

Malah, amalan sedekahnya juga mendapat inspirasi daripada jemaah yang mengerjakan umrah yang berlumba-lumba memberi makanan kepada orang lain.

Asbab gemar bersedekah, perniagaannya semakin kukuh dan turut melahirkan ramai pelabur yang berjaya dalam menguruskan kewangan.

“Tanpa disedari, asbab suka bersedekah itu, Allah bagi rezeki yang tidak putus-putus,” katanya yang kerap membayar makanan orang lain ketika di kedai makan.

“Bila buat baik dengan manusia, insya-Allah ganjarannya juga amat besar yang diberikan Allah,” jelasnya.

Acapkali ditanya FGG mampu membantu untuk memperbaiki taraf kewangan seseorang, Mahadi menjelaskan perbezaan antara pelan pelaburan dahulu dan kini.

“Pelan pelaburan dahulu bermula dengan modal besar, tetapi keistimewaan yang terhad. Kini, dengan pelan dan modal yang sama menawarkan keistimewaan lebih lumayan tanpa had.

“Ada juga pelabur yang dahulunya mengambil pelan pelaburan pada usia muda, justeru FGG memberi pendedahan tentang kepentingan memperbaharui pelan pelaburan bersesuaian dengan status dan taraf kewangan semasa mereka.

Tambah Mahadi lagi, ramai yang menyuarakan rasa terbeban dengan komitmen bulanan lantas membuat keputusan untuk membatalkan pelan pelaburan yang sedia ada.

Namun, Mahadi mempunyai cara tersendiri untuk memperjelaskan bagaimana pelabur boleh mengemas kini pelan mereka supaya pelan yang diambil lebih berbaloi.

“Begitu juga dengan pelan pelaburan. Untuk nilai pelaburan yang sama, pelabur berhak mendapatkan pulangan yang lebih berbaloi dan bermanfaat selagi mereka prihatin dengan pelan-pelan terkini yang ditawarkan,” kata Mahadi yang sangat berminat membantu mereka yang mahu membuat pelaburan.