Berita gembira tersebut dikongsi oleh kedua-dua mereka menerusi gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram.

Majlis berlangsung di kediaman keluarga Zahirah di Perth, Australia.

Awal Ramadan lalu Aiman melawat keluarga Zahirah di sana dan memberitahu bakal berkongsi berita gembira dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE