Menurut Badul, dia terkejut mendapat berita itu selepas menerima panggilan telefon daripada menantunya kira-kira pukul 11 pagi tadi.

“Saya terkejut dan tidak dapat menahan sebak menerima khabar berita tersebut tapi dalam masa yang sama saya reda dan bangga kerana dia pergi ketika berkhidmat untuk negara.

“Saya ada berjumpa dengannya kira-kira enam bulan lepas, dia ada utarakan cita-citanya untuk jadi anggota keselamatan Agong,” katanya.

Mejar Zahir Armaya yang merupakan pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi ini.

Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.

Mejar Mohd. Zahir merupakan anak daripada perkahwinan Badul dengan isteri ketiganya. - UTUSAN ONLINE