Malam ini, Salam akan tampil sebagai artis jemputan segmen bual santai yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online, Jom Chat pada pukul 9 nanti.

Sentiasa sibuk dengan persembahan di luar negara, artis yang kali pertama menerima anugerah Lagu Hip Hop Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2010 ini pernah mengadakan persembahan di festival-festival muzik di Belgium, United Kingdom dan Belanda. Tidak ketinggalan, di negara jiran seberang Tambak Johor.

Banyak melakukan siri jelajah persembahan di luar negara, kali terakhir Salam melahirkan single ialah pada tahun 2015, berjudul Kekal.

Apakah projek terbaharu Salam bagi tahun 2019? Ikuti Jom Chat malam ini. - UTUSAN ONLINE