SRINIVAS
SRINIVAS 

Selain penyanyi veteran seperti Mano dan Srinivas, konsert kira-kira empat jam itu turut menampilkan penyanyi popular seperti Sadhana Sargam yang pernah menyanyi dalam 34 bahasa, Harini dan Sathyaprakash.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Mojo Projects, N. Ratna Kumar memberitahu, konsert itu akan diperhebatkan lagi dengan kreativiti pengarah muzik yang juga pemain piano, Anil Srinivasan yang akan berganding bersama kumpulan pemuzik, Mani & Band.

Menurutnya, ekoran sambutan yang hangat diterima pada konsert menghargai tokoh muzik terkenal India, AR Rahman pada tahun lalu, mereka terdorong untuk sekali lagi menganjurkan konsert yang serupa pada tahun ini.

“Ia bukan sekadar konsert,” itu janji beliau ketika ditanya mengenai kelainan yang bakal menanti peminat esok.

N. RATNA KUMAR

N. RATNA KUMAR

Menjelaskan lanjut, Ratna Kumar memberitahu, lagu yang telah ‘disajikan’ pada tahun lalu tidak akan diulangi pada kali ini, sebaliknya peminat akan ditampilkan dengan lagu-lagu baharu dan segar.

Sementara itu, Srinivas yang terkenal dengan lagu Maana Madurai, En Uyire dan lagu dari filem animasi Kochaidayan yang dibintangi oleh Rajinikanth memberitahu, beliau teruja untuk menemui peminat Malaysia esok.

MANO

MANO 

“Apa yang pasti, lagu yang bakal didendangkan esok dipilih secara teliti berdasarkan citarasa peminat di sini

“Malah kami akan mempertimbangkan permintaan peminat ketika konsert sedang berjalan. Kenapa tidak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sosial Mojo Projects di alamat fb.com/mymojoprojects atau www.mojoprojects.asia. - UTUSAN ONLINE