Jelas wakil kumpulan ini Azadan Abdul Aziz, tidak sekadar memberi peluang mereka untuk menunaikan Umrah tetapi turut dapat meluangkan masa dengan peminat mereka yang selama ini banyak menyokong.

“Pakej yang ditawarkan Alfajr Travel & Tours Snd.Bhd sangat berpatutan. Untuk tahun ini kami akan ke sana pada Februari, Mac, April, Mei, November dan Disember.

“Alhamdulillah ini adalah rezeki buat Rabbani juga sebenarnya, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami,” jelasnya.

Sementara itu mengulas mengenai kejadian yang membabitkan penipuan pakej umrah, jelas Azadan antara yang menyebabkan pihak Rabbani yakin dengan Alfajr Travel & Tours Snd.Bhd adalah kemampuan mereka untuk menguruskan penerbangan sendiri.

“Pihak Alfajr Travel & Tours Snd.Bhd menguruskan sendiri penerbangan mereka jadi tidak perlu takut soal tiket dan sebagainya.

“Kami juga memang yakin dengan kemampuan Alfajr Travel & Tours Snd.Bhd sendiri dalam menguruskan pakej Umrah memandangkan mereka antara syarikat yang sudah bertapak lama,”jelasnya. - UTUSAN ONLINE