Penularan berita menyedihkan itu dibaca di hantaran media sosial, Facebook rakan-rakan allahyarham hari ini.

Raja Ahmad Alauddin yang juga merupakan pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) amat disenangi oleh para pelajar yang pernah berguru dengannya.

Menurut hantaran posting di Facebook, allahyarham meninggal dunia ketika tidur.

Difahamkan, karya drama berjudul Pesan Dari Hati, masih dalam proses pembikinan dan sepatutnya hari ini, allahyarham kembali ke set penggambaran.

Untuk rekod, Raja Ahmad Alauddin pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Hati Bukan Kristal. - UTUSAN ONLINE