Namun pelakon ini bersyukur kerana ramai peminat setianya tidak lekang terus mendoakan yang terbaik buat dirinya untuk berhijrah.

“Terima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik. Alhamdulillah, mereka tidak pernah jemu mahukan yang terbaik buat saya dan anak-anak.

“Memang benar, ramai yang suka saya bertudung dan mengharapkan saya terus memakainya.

“Saya faham dengan apa yang mereka mahukan tapi saya sendiri masih belajar bertudung buat masa sekarang.

“Doakanlah yang baik-baik dan segalanya dipermudahkan,” kata Fasha Sandha.

FASHA SANDHA. - UTUSAN ONLINE/ Djohan Shahrin Shah

FASHA SANDHA. - UTUSAN ONLINE/ Djohan Shahrin Shah

Kata pelakon drama Semua Salahku ini, suaminya Aidil Aziz tidak memaksanya untuk berhijab secepat mungkin dan memberi kebebasan dan ruang untuknya belajar.

“Suami tidak pernah suruh atau minta pakai tudung. Dia tidak pernah kisah sebab dia tahu mana yang terbaik untuk saya.

“Dia bagi ruang untuk saya belajar perlahan-lahan dan tidak mendesak,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di sebuah hotel di Seri Kembangan petang tadi. - UTUSAN ONLINE