Salah seorang pelakonnya iaitu Brian Chan turut menerima Anugerah Watak Utama Terbaik bagi kategori Teater Muzikal.

Brian menewaskan seorang lagi pelakon OlaBola iaitu Iedil Putra selain Cecilia Yap dari Madame Butterfly dan Michael Chen (The Edge).

Teater arahan Datin Seri Tiara Jacquelina merangkul sebanyak tiga lagi anugerah dari sembilan yang dipertandingkan dalam Kategori Muzikal iaitu Pengarah Terbaik, Pencahayaan Terbaik, dan Rekaan Set Terbaik,

Anugerah Seni BOH Cameronian kali ini mengangkat tema Mulanya Di Sini yang merupakan inspirasi ulang tahun ke-90 jenama BOH.

Bukan sekadar mengimbau perjalanan ramai anak seni masa kini, malah ia juga sebagai galakan kepada lebih ramai anak muda supaya berani mencuba nasib dalam bidang ini.

 

Pada malam penganugerahan tersebut, penyanyi Zee Avi dan tokoh seni tarian terkenal, Profesor Dr. Joseph Gonzales diketengahkan sebagai Gamechangers.

Mereka merupakan ikon telah membawa nama Malaysia ke peringkat luar dalam dunia seni.

Secara keseluruhanya Anugerah Seni BOH Cameronian mempertaruhkan 20 trofi dalam empat kategori berbeza iaitu muzik, tari, tetaer dan teater muzikal.

Pemenang dipilih oleh juri profesional berdasarkan kepada kriteria tertentu di atas pentas. - UTUSAN ONLINE