Neelofa, 28, yang juga duta kepada satu lagi jenama antarabangsa, Swarovski juga merupakan wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat untuk menjadi duta kepada jenama kosmetik mewah tersebut.

Jelas pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu, dia sangat berbangga dan tidak menyangka sama sekali akan terpilih untuk menjadi duta kepada Lancome.

“Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tak pernah termimpi untuk dilantik sebagai duta kepada Lancome.

“Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tak sabar untuk berkerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.

“Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini,” katanya.

Neelofa ditemui dalam majlis pengumuman dia sebagai duta produk tersebut di sini hari ini.

Usahawan yang juga pengasas Naelofar Hijab ini juga bakal bertolak ke Paris untuk memenuhi tuntutannya sebagai duta jenama terkemuka itu. - UTUSAN ONLINE