Dalam entri Instagramnya, Sarah menceritakan yang dia telah dicurangi dan pernah dibuli serta dihina oleh lelaki tersebut. 

Sudah pastinya luahan tersebut membuatkan ramai yang mengaitkan lelaki yang dimaksudkan adalah bekas kekasihnya Nabil Mahir lantaran mereka sendiri telah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun dan putus pada awal tahun ini. 

WARGANET meminta Nabil Mahir muhasabah diri dan jangan berlagak menjadi mangsa.
WARGANET meminta Nabil Mahir muhasabah diri dan jangan berlagak menjadi mangsa.

Menguatkan dakwaan tersebut, Nabil menerusi Instagramnya pula seolah-olah membalas semula kenyataan yang dibuat oleh Sarah. 

“Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri. Diam tak bermaksud salah atau kalah. 

Apa pun terima kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik,”  tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Nabil menerima pelbagai respon daripada warganet sehingga ada yang mengatakan dia yang memulakan cerita tetapi berlagak menjadi mangsa dan memintanya agar muhasabah diri.