Aznil Hj, Nawawi menggantikan tempat Najip Ali sebagai juri dalam Maharaja Lawak Mega.

Pengumuman tersebut sekaligus menjawab persoalan pengacara dari Singapura itu dikatakan telah digugurkan sebagai juri tetap rancangan tersebut.

Dalam satu kenyataan, Astro berjaya, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil akan menggalas tugas tersebut bermula minggu ini.

“Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan MLM untuk peminat, tenaga produksi program mengambil keputusan untuk menggantikan kerusi juri Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi,” katanya di sini hari ini.

Najip sebelum ini meminta maaf di atas keterlanjuran kata-kata mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Ok Chope episod 26 yang disiarkan oleh MediaCorp Channel 5 baru-baru ini.

Insiden tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati penonton dan pelbagai pihak tampil mengecam pengacara tersebut.

Dalam program tersebut, peserta diminta melengkapkan satu tajuk berita berkaitan Najib yang telah dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for threatening Malaysia’s progress.”

Peserta-peserta mula meneka dengan mengeluarkan ayat-ayat sendiri yang disifatkan memperlekehkan Najib sedangkan ayat asal yang dikurangkan pada tajuk berita tersebut adalah ‘fake news’.- UTUSAN ONLINE