Hinggakan ada yang mencemburui Hanis Zalikha atas kejayaannya mengembalikan bentuk tubuh badannya sama seperti sebelumnya. Bertuah sungguh wanita ini.

Bagaimanapun ada juga yang kurang senang dengan perkongsian gambar dalam akaun laman sosial miliknya itu. Malah ada yang menuduh Hanis kini berkongsi hobi yang sama dengan suaminya iaitu menayang badan.

“Jangan cakap macam itu, apa yang terjadi tidak seperti yang disangkakan. Kami hanya bergambar bersama, langsung tak berniat untuk menarik perhatian ramai memperkatakan isu menayang badan ini.

“Minta maaflah kalau ada yang tak senang. Tak tayang badan pun jauh sekali nak buat gimik promosi produk baharu yang membabitkan pelangsingan,”  jelasnya.

Pun begitu pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini bersyukur kerana isu keluar rumah dalam tempoh berpantang itu tidak dibangkitkan. Topik itu juga sebenarnya yang menjadi kebimbangannya.

Memandangkan Hanis baru dalam tempoh berpantang selama 35 hari pada ketika itu, perasaannya sangat berdebar-debar. Mana tahu ada yang mengangkat isu berkenaan dalam hantaran Instagram.

“Pasti saya akan dihentam teruk jika warganet tahu yang saya main ‘tipu’ masa berpantang.
Mestilah saya menarik nafas lega apabila isu lain yang tercetus dan diperkatakan,” ujarnya.

Hanis selamat melahirkan Alisa Aisyah di sebuah pusat perubatan ibu kota pada 24 Mei lalu. Bayi tersebut adalah cahaya mata keduanya selepas melahirkan Yusuf Iskandar yang kini berusia tiga tahun.

HANTARN dalam Instagram ini yang mencetuskan isu Hanis menayang badan.
HANTARN dalam Instagram ini yang mencetuskan isu Hanis menayang badan. 

Pembantu
DALAM memastikan urusan harian sebagai ibu kepada dua anak, Hanis berdepan dengan kekangan masa selepas melahirkan Alisa. Dia terpaksa melupakan seketika niat untuk mengasuh sepenuhnya anak perempuannya itu.

Ditambah pula pada ketika perniagaannya semakin berkembang, wanita ini tidak punya pilihan lagi. Dia perlu mencari pengasuh bersesuaian untuk menjaga Alisa buat sementara waktu.

“Akhirnya saya bertemu dengan pengasuh yang boleh menjaga anak-anak ketika dalam tempoh bekerja. Orangnya baik, berpelajaran dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat jagaan kanak-kanak sebelum ini.
 

BAHAGIA bersama suami dan dua cahaya mata mereka.
BAHAGIA bersama suami dan dua cahaya mata mereka. 

Kuruskan badan
Cepat sungguh Hanis ramping dalam masa terdekat. Dah berapa kilogram (kg) hilang selepas melahirkan?
Hanis:
Tak ramping mana pun, cuma hilang berapa kg saja. Mudah cakap, hilang inci. Saya perasan yang  penurunan berat badan kali ini tak sama seperti melahirkan anak pertama. Agak lambat sikit barangkali disebabkan faktor usia dan ada buat silap masa tempoh berpantang secara tradisional tempoh hari.

Apa yang Hanis dah buat? Langgar pantang ke apa?
Hanis:
Bukan, saya cuma tertidur selepas makan. Saya ingat suruh berehat itu bermaksud meminta saya pejam mata sepenuhnya. Rupa-rupanya saya salah faham dengan arahan. Rehat yang dimaksudkan adalah rehat semata-mata. Tapi saya pula tidur beria-ia. Jadi apabila timbang dalam tempoh dua minggu, saya mendapati berat badan saya tak turun banyak seperti dalam tempoh berpantang Yusuf. Itu yang saya lancarkan misi menguruskan badan sekarang ini.

Boleh dedahkan berapa berat badan Hanis sekarang ini? Juga berat badan unggul idaman?
Hanis:
Satu lagi salah saya adalah tidak menimbang badan selepas melahirkan. Masa sebelum melahirkan Alisa adalah sebanyak 78 kilogram. Sekarang ini tak perlulah saya dedahkan berapa berat badan, memalukan saja. Cuma boleh beritahu yang berat badan idaman saya adalah 55 kilogram.


“Kalau diikutkan memang ada perasaan serba salah sebab masa Yusuf lahir dahulu, saya yang menjaga dia sepenuhnya. Malangnya tidak ketika Alisa lahir,” katanya lagi.