Pengerusi Eksekutif Glomac, Tan Sri Mohamed Mansor Fatih Din berkata, karnival sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi itu turut menyelitkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.

Katanya, antara artis terkemuka yang turut menyertai karnival yang diadakan buat kali pertama itu termasuk Amy Search, Wak Doyok dan Hafiz Hamidun.

“Sebenarnya idea ini tercetus dalam jangka masa singkat kerana Glomac tahu kita ada platform menerusi Kompleks Beli-Belah Glo Damansara ini.

“Melalui kerjasama dengan Bumi Mmr, kita berjaya dapatkan kira-kira 40 vendor menjual pelbagai kelengkapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika projek ini berjaya, tidak mustahil kita akan bekerjasama lagi bagi mengadakan festival seumpama ini,” katanya kepada pemberita hari ini. - UTUSAN ONLINE